Wednesday, January 28, 2009

Persahabatan (Friendship)

"The only service a friend can really render is to keep up your courage by holding up to you a mirror in which you can see a noble image of yourself." ( George Bernard Shaw).
George B. Shaw mengatakan bahawa bantuan sebenar yang mampu diberikan oleh seorang sahabat ialah memupuk keberanian, ketabahan dan semangat anda dengan memegang sebuah cermin di hadapan anda, agar anda mampu melihat imej mulia anda sendiri.
Jika anda mempunyai sahabat yang sedemikian, hargailah dia dan bajailah persahabatan anda. Anda sendiri harus menjadi seperti itu kepada sahabat anda. Berilah pertolongan kepada rakan anda yang memerlukan. Tingkatkan semangatnya, biar dia mengerti dia memiliki kekuatan untuk mengisi dan melakar sejarah hidupnya dengan kejayaan. Kepada sahabat yang ditimpa bencana, mereka lebih-lebih lagi memerlukan sokongan anda.
Kepada sahabat anda yang banyak memberi dorongan selama ini, hargailah bantuan yang tidak terhingga nilainya, yang hanya dapat ditemui dalam sebuah persahabatan. Anda beruntung mempunyai sahabat yang jujur, yang mungkin lebih penting bagi anda dari wang ringgit. Andai lama tidak mendengar khabar berita, sesekali hubungilah dia. Inilah kebahagiaan hidup.

1 comment:

  1. hello my friend. I'd visited your blog and read the articles. they were very impressive. keep writing. bye.

    ReplyDelete