Wednesday, October 7, 2009

SUCCESS - You determine Yourself!

Yes.. It's true. According to Ron Jenson, SUCCESS DEPENDS ON WHAT YOU DO WITH YOU. I don't disagree with Ron. Yes. If you fail to plan, you plan to fail. The most important thing is start working. Do not procrastinate. jangan tunggu lagi. Buat sesuatu yang baik untuk dirimu. Untuk dirimu sendiri. Don't you love yourself? Who else you want to ask to change you? We change ourself! We make a brighter day.. for us. We colour our life. We set our destiny. Start now, no more worries. Don't spoil our life. What is in our mind is our target. We will get better day after day. see the wonderful world in front of us. Everybody has the potential, we all have the giant inside us. Now release the GIANT!!! If you are a student who will sit for important examination, then RELEASE YOUR GIANT!! Study and study and study. Teachers also need motivation. Adults also need inspirations. All the best to all of you. Be decent Malaysians. Be bold, get going...

Monday, September 28, 2009

Satu Malaysia

Seperti rakan-rakan yang lain juga (saya percaya) , saya suka dengan slogan satu Malaysia, One Malaysia. Saya suka rakyat Malaysia bersatu, satu hati satu semanat satu tekad satu hasrat, bersama-sama mencipta kejayaan. Kita bantu-membantu, tolong menolong, gunakan kelebihan masing-masing untuk berganding bahu memcipta kejayaan dan kecemerlangan. Tidak kira kita orang India (Malaysian Indians), Cina, Melayu, Iban, Kadazan, Orang Asli, Orang Jawa, atau apa saja, selagi kita cintakan negara ini, kita patut berbaik-baik dan bekerjasama memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Bangsa Malaysia bangsa kita. Bersatulah wahai anak watan. Ini tanah tumpah darah kita. Majulah negaraku.

Mendisiplin Diri

Tajuk ini ringkas, tapi percayalah penghayatannya akan memberi faedah amat besar dalam kehidupan, baik kehidupan dunia mahupun kehidupan selepas mati (akhirat). Kita tidak dapat hidup hingga ke hari ini jika kita tidak mendisiplinkan diri dalam banyak aspek. Tetapi, memang benar bahawa kita mampu menjadi orang yang lebih baik, lebih berjaya, lebih bahagia, jika kita telah mendisiplinkan diri dalam beberapa hal. Ada antara kita yang sudah berpuas hati dengan pencapaian hari ini, baguslah. Alhamdulillah. Ada juga yang belum berpuas hati. Ada yang inginkan kehidupan lebih baik, kejayaan lebih besar, bebas dari belenggu masalah, ingin berjaya dalam pelajaran, kerana selama ini selalu gagal peperiksaan, dan seribu satu macam masalah lagi. Apakah penyelesaian semua itu? Salah satu langkah terbaik, pada pendapat saya ialah dua perkataan ini, DISIPLINKAN DIRI.
Belajarlah mendisiplinkan diri. Tiada kejayaan besar tanpa pengorbanan. Anda ingin berjaya, anda perlu bersusah payah sedikit demi kejayaan yang amat manis akhirnya. Patuhi undang-undang Tuhan, patuhi peraturan dan undang-undang di tempat kerja, ikutlah jadual anda walau apa pun bidang yang anda ceburi. Seorang pelajar harus kuat mendisiplinkan diri, mengelakkan dan menjauhkan unsur-unsur yang melalaikan serta mengikat diri bukan pada jam dinding tapi pada prinsip. Jika prinsip kita kuat, prinsip kita betul, prinsip kita jelas, kita tidak akan kalah dengan ajakan-ajakan yang melalaikan, yang hanya membuang masa. Nah, sekarang fikir balik apa pegangan kita, dengan apa kita berpandu. Jika sampai hari ini tak tahu matlamat hidup atau tiada cita-cita, betulkan hala tuju anda. Kalau tidak anda hanya membuang masa hidup di dunia ini, sedangkan di sana kita pun tak tahu nasib kita.
Disiplinkan diri anda. Lakukan tugas anda sewajarnya. Saya seorang Islam, maka saya mesti beramal dengan ajaran Islam, kalau tidak hidup saya sia-sia. Saya juga seorang ketua keluarga, saya mesti bertanggungjawab memastikan kesejahteraan dan kejayaan ahli keluarga saya, di dunia dan di akhirat. Saya juga seorang guru, saya mesti ikhlas mendidik murid-murid saya, sebagaimana guru-guru saya dahulu telah mendidik saya hingga saya berjaya ke menara gading, begitulah saya perlu berusaha agar murid-murid saya berjaya dalam pelajaran, seramai mungkin dan sebaik mungkin. Kepada rakan-rakan guru, saya harap kita jangan putus asa dengan masalah disiplin murid hari ini. Masalah ini boleh diatasi dengan kebijaksanaan, kerjasama dan kesungguhan. Dalam apa perkara sekalipun, tidak harus berhenti berusaha. Seorang yang menaiki basikal tidak akan jatuh kecuali dia berhenti mengayuh. Selamat meneruskan tugas. Allah bersama orang-orang yang sabar.

Tuesday, April 21, 2009

Murid anda perlukan perhatian anda

Sebagai guru elok kita ambil kira perkara-perkara berikut:
1. Semua murid tidaklah sama. Mereka adalah manusia yang berbeza yang semuanya ada keperibadian masing-masing. Harus diambil kira kepelbagaian ini, iaitu kita menyesuaikan pengajaran atau bimbingan mengikut karektor murid. Yang pendiam juga perlukan perhatian. Yang banyak cakap selalunya kita beri lebih perhatian. Kadang kala ini tidak adil.
Cubalah bersikap saksama kepada murid-murid kita. Dekati mereka. Gunakan head count. Semak profil mereka. Semak take off value. Cuba berinteraksi secara personal di mana-mana ada kesempatan.
2. Dalam sesuatu sesi persekolahan kita hendaklah cepat-cepat mengingati nama murid-murid kita. Jika kita memanggil mereka dengan nama mereka, dengan penuh prihatin, kesannya tentu positif. Pelajar adalah individu. Setiap individu sukakan perhatian. Mereka adalah istimewa. Sekalipun ada yang nakal, itulah keistimewaan tugas kita mengasuh dan mendidik. Kepada diri saya , dan kepada semua rakan, diingatkan, masa hampir mendekati pertengahan sesi. Sejauh mana dah tercapai? masih boleh dibetulkan... di sana-sini. Motivasikan diri, tinggalkan jauh-jauh perasaan malas. Salam perjuangan.

Sunday, February 8, 2009

PENGAJARAN BERKESAN - MEMBERI DAN MENGEKALKAN MOTIVASI

Pengajaran berkesan berlaku jika pelajar-pelajar diberikan motivasi dan dikekalkan motivasi itu. Antara yang terpenting ialah merancang pengajaran dan pembelajaran (P & P) sebaik-baiknya supaya matlamat dan objektif yang sesuai dan tepat dengan keperluan pelajar dapat dicapai. Keperluan ini mesti dipenuhi sebaik mungkin. Apabila matlamat dicapai, iaitu pelajar belajar apa yang patut dipelajari, mereka akan puas hati, gembira dan bersemangat untuk terus belajar.
Sekarang tugas guru ialah mengendalikan P& P dengan cara terbaik supaya pelajar mendapat manfaat datang ke sekolah. Pelajar akan meminati pelajaran jika guru dapat mengajar dengan baik, dengan cara yang menarik, jika guru bersedia, jika guru rajin dan jika guru asertif. Guru harus memahami tahap pelajar, kebolehan pelajar dan masalah mereka dari segi penerimaan pelajaran. Langkah-langkah harus diambil untuk mengekalkan minat pelajar. Guru harus menunjukkan contoh yang baik seperti menepati masa, mengutamakan kecemerlangan, disiplin dan kesopanan.

Thursday, January 29, 2009

Bertangguh Punca Seribu Masalah

Orang yang hebat sentiasa bersemangat melakukan kerja-kerja yang bermanfaat. Dan dia melakukannya segera. Kerja-kerja yang penting patut dilakukan segera, jangan bertangguh. Jika kita tangguhkan kerja kita hingga ke saat-saat akhir, kita yang menempah masalah. Kita yang mengundang masalah. Kita boleh tukar keadaan bermasalah itu kepada kelapangan dan kegembiraan, sebenarnya. Jika kita rajin, kita akan punya banyak masa lapang setelah kerja itu siap. Pepatah lama mengatakan "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian", "Bertangguh pencuri masa", dan banyak lagi berkaitan ini.
Jika anda tidak ingin mendapat masalah selalu, buangkan tabiat suka bertangguh. Anda akan senang, anda akan mendapat lebih waktu rehat, hidup lebih ceria. Slogan "kerja last minute lebih produktif" tak seharusnya jadikan pegangan. Lainlah kalau anda memang suka dan memilih untuk dihimpit masalah.
Bagi pelajar, anda harus mula belajar dari awal. Jangan menunggu saat-saat hampir peperiksaan baru mula membuka buku. pelajar Tingkatan 1 dan 2 contohnya patut telah mula bersedia untuk PMR. Pelajar Tingkatan 4 telah mula bersedia untuk SPM. Lebih awal anda bersedia, lebih besar kemungkinan anda cemerlang dalam peperiksaan.
Seperkara lagi, apabila sedang menumpukan sesuatu pekerjaan atau pelajaran, jika ingin buat sesuatu yang lain, cuba tangguhkan dahulu. Cuba tekun lakukan sesuatu. Istilahnya dalam bahasa Inggeris ialah perseverance . Sikap perseverance sangat penting untuk berjaya.
Anda boleh beri motivasi untuk diri anda dengan berjanji memberi hadiah untuk diri anda apabila kerja itu siap, seperti makan makanan dan minuman yang digemari, bersiar-siar, melayari internet, menghubungi kawan dan sebagainya. Fikirkan apa yang memotivasikan anda. Ingatlah, bertangguh punca seribu masalah.

Wednesday, January 28, 2009

Persahabatan (Friendship)

"The only service a friend can really render is to keep up your courage by holding up to you a mirror in which you can see a noble image of yourself." ( George Bernard Shaw).
George B. Shaw mengatakan bahawa bantuan sebenar yang mampu diberikan oleh seorang sahabat ialah memupuk keberanian, ketabahan dan semangat anda dengan memegang sebuah cermin di hadapan anda, agar anda mampu melihat imej mulia anda sendiri.
Jika anda mempunyai sahabat yang sedemikian, hargailah dia dan bajailah persahabatan anda. Anda sendiri harus menjadi seperti itu kepada sahabat anda. Berilah pertolongan kepada rakan anda yang memerlukan. Tingkatkan semangatnya, biar dia mengerti dia memiliki kekuatan untuk mengisi dan melakar sejarah hidupnya dengan kejayaan. Kepada sahabat yang ditimpa bencana, mereka lebih-lebih lagi memerlukan sokongan anda.
Kepada sahabat anda yang banyak memberi dorongan selama ini, hargailah bantuan yang tidak terhingga nilainya, yang hanya dapat ditemui dalam sebuah persahabatan. Anda beruntung mempunyai sahabat yang jujur, yang mungkin lebih penting bagi anda dari wang ringgit. Andai lama tidak mendengar khabar berita, sesekali hubungilah dia. Inilah kebahagiaan hidup.