Sunday, February 8, 2009

PENGAJARAN BERKESAN - MEMBERI DAN MENGEKALKAN MOTIVASI

Pengajaran berkesan berlaku jika pelajar-pelajar diberikan motivasi dan dikekalkan motivasi itu. Antara yang terpenting ialah merancang pengajaran dan pembelajaran (P & P) sebaik-baiknya supaya matlamat dan objektif yang sesuai dan tepat dengan keperluan pelajar dapat dicapai. Keperluan ini mesti dipenuhi sebaik mungkin. Apabila matlamat dicapai, iaitu pelajar belajar apa yang patut dipelajari, mereka akan puas hati, gembira dan bersemangat untuk terus belajar.
Sekarang tugas guru ialah mengendalikan P& P dengan cara terbaik supaya pelajar mendapat manfaat datang ke sekolah. Pelajar akan meminati pelajaran jika guru dapat mengajar dengan baik, dengan cara yang menarik, jika guru bersedia, jika guru rajin dan jika guru asertif. Guru harus memahami tahap pelajar, kebolehan pelajar dan masalah mereka dari segi penerimaan pelajaran. Langkah-langkah harus diambil untuk mengekalkan minat pelajar. Guru harus menunjukkan contoh yang baik seperti menepati masa, mengutamakan kecemerlangan, disiplin dan kesopanan.

3 comments:

  1. Posting yang menarik untuk ditatap. Sesuai untuk kaunselor sekolah. Teruskan usaha cikgu

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Cikgu Azam. Saya percaya kita boleh baiki diri jika ada keazaman. Perkara yg baik bermula dalam fikiran. Kemudian praktikkan, insya Allah. Harap Cikgu Azam terus dapat berkongsi pendapat dan pengalaman dengan kita semua.

    ReplyDelete
  3. Salam kunjungan...

    Saya tinggalkan komen sebagai buah tangan bertamu di sini. Tulisan yang baik. Nampak ringkas, namun ia tetap memberi peringatan kepada semua. Begitu juga saya yang masih mentah dalam dunia perguruan. Mohon teguran dan tunjuk ajar even di alam maya~

    ReplyDelete