Wednesday, November 11, 2009

Ke Arah Kejayaan - Mengatasi kegagalan

Hampir di penghujung tahun ini, banyak perkara perlu dinilai semula. Kita perlu menilai balik pencapaian kita sepanjang tahun ini. Di mana-mana ada kelemahan, perlu dibuat refleksi. Penilaian kendiri.1.Jangan takut untuk mengakui kegagalan, dan atasinya. Jangan berputus asa.Selagi ada kehidupan, kegagalan boleh diubah menjadi kejayaan.Yang penting jangan putus asa. Percaya diri sendiri. Jangan peduli kata-kata negatif orang sekeliling. Cari kata-kata atau pendapat positif. Kita boleh bangkit dari kegagalan. Mungkin kita tidak teliti perkara-perkara kecil, yang membawa kita gagal perkara-perkara besar. Lihat semula di mana silap kita. Mungkin kita tidak ambil berat klien kita. Mungkin kita kurang ambil berat sesuatu aspek tugas kita yang kritikal. Yang hakiki. Kita jangan takut mengakui kesilapan diri. Itulah titik tolak kejayaan sebenar. Dan jangan terlalu persalahkan diri sendiri. Ada banyak faktor menyebabkan kegagalan. Tak perlu terlalu kecewa jika ada banyak faktor persekitaran yang perlu diambil kira. Buat analisis dan muhasabah secara ikhlas.2.  Apa-apa yang boleh diperbetulkan, buatlah.Buatlah walaupun agak terlambat, tapi sebenarnya masih belum terlambat.Bangkitlah dari kegagalan.HANYA ORANG-ORANG YANG BODOH SAHAJA TERUS KECEWA BILA GAGAL, DAN TAK MAHU BUAT APA-APA.3. Jadikan iktibar segala kekuatan kelemahan tahun ini. JIka selama ini kita berpegang kepada kata-kata "asal cukup makan sudahlah", maka mulai sekarang kita ubah prinsip hidup kita kepada "usaha bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan demi mencapai kepuasan hidup". Ubah secara evolusi. Atau revolusi. Atau kedua-duanya. Yang penting kita evolve. Kita berubah.  Yang penting kita tenang. Tenang hadapi kegagalan. Dengan petunjuk Tuhan, kita mampu bangkit semula DAN CAPAI LEBIH BANYAK KEJAYAAN PADA MASA DEPAN. Saya akan sambung lagi perbincangan ini.