Thursday, January 29, 2009

Bertangguh Punca Seribu Masalah

Orang yang hebat sentiasa bersemangat melakukan kerja-kerja yang bermanfaat. Dan dia melakukannya segera. Kerja-kerja yang penting patut dilakukan segera, jangan bertangguh. Jika kita tangguhkan kerja kita hingga ke saat-saat akhir, kita yang menempah masalah. Kita yang mengundang masalah. Kita boleh tukar keadaan bermasalah itu kepada kelapangan dan kegembiraan, sebenarnya. Jika kita rajin, kita akan punya banyak masa lapang setelah kerja itu siap. Pepatah lama mengatakan "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian", "Bertangguh pencuri masa", dan banyak lagi berkaitan ini.
Jika anda tidak ingin mendapat masalah selalu, buangkan tabiat suka bertangguh. Anda akan senang, anda akan mendapat lebih waktu rehat, hidup lebih ceria. Slogan "kerja last minute lebih produktif" tak seharusnya jadikan pegangan. Lainlah kalau anda memang suka dan memilih untuk dihimpit masalah.
Bagi pelajar, anda harus mula belajar dari awal. Jangan menunggu saat-saat hampir peperiksaan baru mula membuka buku. pelajar Tingkatan 1 dan 2 contohnya patut telah mula bersedia untuk PMR. Pelajar Tingkatan 4 telah mula bersedia untuk SPM. Lebih awal anda bersedia, lebih besar kemungkinan anda cemerlang dalam peperiksaan.
Seperkara lagi, apabila sedang menumpukan sesuatu pekerjaan atau pelajaran, jika ingin buat sesuatu yang lain, cuba tangguhkan dahulu. Cuba tekun lakukan sesuatu. Istilahnya dalam bahasa Inggeris ialah perseverance . Sikap perseverance sangat penting untuk berjaya.
Anda boleh beri motivasi untuk diri anda dengan berjanji memberi hadiah untuk diri anda apabila kerja itu siap, seperti makan makanan dan minuman yang digemari, bersiar-siar, melayari internet, menghubungi kawan dan sebagainya. Fikirkan apa yang memotivasikan anda. Ingatlah, bertangguh punca seribu masalah.

Wednesday, January 28, 2009

Persahabatan (Friendship)

"The only service a friend can really render is to keep up your courage by holding up to you a mirror in which you can see a noble image of yourself." ( George Bernard Shaw).
George B. Shaw mengatakan bahawa bantuan sebenar yang mampu diberikan oleh seorang sahabat ialah memupuk keberanian, ketabahan dan semangat anda dengan memegang sebuah cermin di hadapan anda, agar anda mampu melihat imej mulia anda sendiri.
Jika anda mempunyai sahabat yang sedemikian, hargailah dia dan bajailah persahabatan anda. Anda sendiri harus menjadi seperti itu kepada sahabat anda. Berilah pertolongan kepada rakan anda yang memerlukan. Tingkatkan semangatnya, biar dia mengerti dia memiliki kekuatan untuk mengisi dan melakar sejarah hidupnya dengan kejayaan. Kepada sahabat yang ditimpa bencana, mereka lebih-lebih lagi memerlukan sokongan anda.
Kepada sahabat anda yang banyak memberi dorongan selama ini, hargailah bantuan yang tidak terhingga nilainya, yang hanya dapat ditemui dalam sebuah persahabatan. Anda beruntung mempunyai sahabat yang jujur, yang mungkin lebih penting bagi anda dari wang ringgit. Andai lama tidak mendengar khabar berita, sesekali hubungilah dia. Inilah kebahagiaan hidup.

Saturday, January 24, 2009

The Compass and the clock

According to Stephen Covey, for many of us, there's a gap between the compass and the clock - between what's deeply important to us and the way we spend our time.
Saya setuju dengan beliau. Kita mungkin selalu menyibukkan diri dengan perkara yang tidak penting. Akibatnya perkembangan diri kita terganggu. Bagi remaja, mereka kadangkala melebihkan hiburan atau mengisi masa lapang dengan cara tidak berfaedah. Jika kita sibuk melakukan kerja-kerja yang nampaknya penting sekalipun, mungkin pada masa yang sama kita tinggalkan perkara lebih utama atau lebih mustahak. Yang utama patut diutamakan. First things first. Setiap individu sepatutnya mengisi masa hidupnya dengan perkara berfaedah, bukan saja dari segi jangka pendek, tetapi juga demi kepentingan jangka panjang.

CONQUER!

"It is not the mountain that we conquer but ourselves", - Edmund Hillary.
Edmund Hillary terkenal sebagai penakluk Gunung Everest pertama, tetapi dia mengatakan ini! Bukan gunung yang hendak ditawan tetapi diri sendiri. Orang-orang berjaya semua telah berjaya menakluk diri sendiri. Mereka dapat membawa diri mereka ke jalan kejayaan dengan penuh dedikasi, disiplin, semangat tinggi, dan keseronokan bekerja atau belajar. Mereka menguasai diri mereka, mengawal diri sendiri, mampu mengingatkan diri kebaikan daripada usaha dan kegigihan mereka. Orang hebat tidak kalah dengan persekitaran, malah dia dengan harmoni mempengaruhi orang lain dan mengawal keadaan. Tetapi..... sebelum menjadi orang berpengaruh, kita ubah diri kita dahulu. Diri kita penting buat kita. Takluki diri kita. Kawal diri kita. Halakan perjalanan kita ke arah kejayaan dan kecemerlangan. Gilap bintang kita. Release the GIANT inside us. We can, we can, WE CAN, if we want to.

Berjaya

Untuk berjaya, kita mestilah faham apa yang perlu dilakukan untuk berjaya. Apa itu resepi Kejayaan. Bagi saya BERJAYA boleh dihubungkaitkan dengan 7 amalan ini:
B - belajar atau bekerja bersungguh-sungguh
E - elakkan bertangguh
R - rajin setiap masa, cekal dan gigih selalu.
J - jaga nama baik, maruah diri, imej dan penampilan.
A - Amalkan berdoa
Y - Yakin pada diri sendiri
A - Asertif (tegas) , tetapi bukan agresif.
Kepada remaja dan pelajar, kejayaan bukan mudah, tetapi kita tidak boleh dinafikan atau dihalang mendapatkannya. Kejayaan kita, kita usahakan. Jangan hiraukan yang remeh, yang temeh.

Friday, January 23, 2009

NOT ONLY LITERACY, BUT ALSO DECENCY.

Saya mulai blog ini dengan satu kenyataan keras di atas. What we need is not only literacy (ilmu pengetahuan celik huruf, boleh tulis baca, dsb) but we also need decency in life. Decency saya maksudkan kesopanan, ketertiban, hemah tinggi, merendah diri serta berhati mulia. Makna decency boleh dikaitkan dengan benevolence (kemurahan hati), courtecy (kesantunan) .
Dalam kesempatan ini, saya ingin menulis dalam blog ini tentang langkah-langkah menuju kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan tanpa mengenepikan soal decency. Tentu sekali saya tujukan penulisan ini kepada diri saya sendiri, anak-anak saya, murid-murid saya, rakan-rakan para pendidik dan semua yang berasa bertanggungjawab untuk membentuk pemikiran moral yang tinggi berdasarkan nilai-nilai terpuji yang universal sifatnya.
Saya mengajar Pendidikan Moral, dan saya terlibat dengan Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Maka saya berharap dapat menyumbang sesuatu untuk negara demi kecintaan kepada Tuhan dan kepada kebenaran. Terima kasih anda sudi mengikuti blog ini.